Tempat-Kerja

7 Tips Berkesan Ini Memudahkan Anda Untuk Bercakap Di Khalayak Ramai

  • Jika anda perhatikan kebanyakkan pemimpin negara,bisnes ataupun organisasi kecil yang berpengaruh, semuanya ada persamaan, mereka mampu berucap dengan berkesan!

Apabila kita berbicara tentang membuat pembentangan/pengucapan awam hatta pengenalan diri yang ringkas sekalipun, ada diantara kita yang lebih sanggup jumpa hantu daripada berdiri depan orang ramai!

Perkara itu adalah perkara normal, kerana bercakap di khalayak adalah ketakutan yang tegar bagi kebanyakkan rakyat Malaysia, malahan dunia.

Tetapi, harus diingat untuk menjadi individu yang efektif tidak kira samada anda adalah pemilik syarikat, CEO, pengurus, pekerja ataupun budak praktikal sekali pun anda harus mempunyai kemahiran bercakap di khalayak

Every time you have to speak, you are auditioning for leadership.

– James Humes

Sesuai dengan petikan kata kata di atas, jika anda perhatikan kebanyakkan pemimpin negara,bisnes ataupun organisasi kecil, semuanya ada persamaan, mereka mampu berucap dengan berkesan!

Antara teknik dan persiapan yang anda boleh praktikan adalah

1.Memahami Expectation Dan Meneliti Maklumat Teknikal

Kumpulkan segala maklumat tentang lokasi, teknikal set-up, masa yang diberikan, tatacara pemakaian, topik, isu yang perlu dielak, jenis pembentangan dan lain lain

memproses maklumat ini lebih awal akan membantu anda untuk lebih tenang, pada hari kejadian anda hanya perlu fokus dalam menyampaikan mesej ucapan anda

2.Kenali Penonton Anda

Mengenali penonton anda adalah sama penting dengan anda memahami subjek ataupun topik ucapan anda

Pastikan anda menilai tahap pemikiran’ penonton anda dengan tepat, dan sesuaikan penyampaian anda dengan tahap mereka. Anda mesti memastikan penonton anda tidak bosan dan mendapat input semaksima mungkin

Josephine Lee, pemenang tempat ketiga dalam Kejohanan Pengucapan Awam Toastmasters World 2016 menekankan kalau beliau perlu menyampaikan ucapan kepada 2 audiens yang berbeza, dia akan sesuaikan dengan membuat dua slide yang berbeza dan cara penyampaian yang berbeza.

3.Rancang Dan Bina Struktur Ucapan Anda

Anda mungkin mempunyai keberanian untuk bercakap dan kemahiran membuat slide yang bagus, tetapi jika anda tidak merangka ucapan anda, besar kemungkinan anda akan cenderung untuk bercakap tanpa hala tuju dan poin utama anda ditenggelami oleh poin-poin yang kurang penting

Ianya tentang keringkasan, dan bukan hanya tentang apa yang anda perlu cakap tapi apa ambil kira juga tentang perkara yang anda tidak perlu cakap.

Buatkan ucapan anda jadi ringkas, tepat dan padat.

Josephine Lee sentiasa memilih satu poin utama apabila sedang membuat persiapan untuk bercakap di khalayak, tak kira samada ucapan itu hanya 5 minit ataupun 45 minit

Pilih satu poin/tema utama, lengkapkan ia dengan sokongan fakta, contoh ataupun bukti.

“So even if the audience forgets 99% of your speech, which they will, they will go home with that 1%,”

Josephine Lee

4.Jangan Penuhkan Slide Anda

Slide sepatutnya berfungsi sebagai alat yang boleh membantu anda untuk memberikan impak yang maksima dalam pemahaman audiens anda, jangan penuhkan ia dengan perkataan-perkataan yang berupa perenggan

Yang paling baik adalah apabila slide kita berfungsi sebagai data visualisation.

Data, fakta ataupun poin yang kita mahu tanam dalam minda audiens

5. Berlatih, Berlatih Dan Berlatih

“Bila anda berlatih dengan secukupnya, anda akan peroleh ritma yang betul” kata Nathan, yang menganggarkan dia berlatih hampir 100 kali sebelum ucapannya di TEDx Talk

Anda juga akan membina keyakinan dan selesa apabila berucap tanpa menggunakan sehelai kertas, kerana anda telahpun biasa dengan struktur ucapan yang anda buat.

6.Dapatkan Maklumbalas

Selain berlatih depan cermin, anda boleh juga berlatih di hadapan rakan anda ataupun rakam dan hantarkan pada rakan anda, dapatkan maklumbalas mereka tentang ‘persembahan’ anda dan bagaimana anda boleh tambah baik untuk beri ucapan yang berkesan

7. Hafal Baris Pertama Dan Terakhir

Jika anda menghafal kesemua ucapan anda, anda tidak akan tampak semulajadi dan ucapan anda akan jadi kurang berkesan.

Lebih baik untuk tidak menghafal keseluruhan ayat, ingat pada awal artikel anda disarankan untuk membina struktur ucapan dan bukannya menghafal satu per satu.

Ini akan membolehkan anda ‘melonggarkan’ penggunaan ayat ketika di atas pentas ataupun dihadapan dan buatkan anda kurang berasa gemuruh.

Hafal baris pertama dan terakhir sudah memadai.

Dan akhir sekali, kalau anda rasa gemuruh, ingatlah bahawa kadang kadang menteri-menteri, CEO – CEO, Pengurus pengurus yang berucap dengan baik dihadapan tu pun gemuruh dan tak tidur malam juga

Jadi, jangan takut okay ?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: