Inspirasi

Perjalanan Sebagai Penjual CD Game Kepada Orang 30 Terkaya Korea Selatan

Perjalanan Kim kepada pasaran topeng kecantikan muka di China yang bernilai $15Billion setahun adalah sangat panjang dan berliku.

Adik bongsu daripada 3 beradik ini mempunyai zaman kanak kanak yang selesa, ayah Kim adalah seorang pengurus cawangan bank yang sedang meningkat naik pada ketika itu. Sehinggalah keluarga mereka diuji apabila Ayah Kim kehilangan kerja dan semua duit simpanan keluarga hangus dibelanjakan di dalam kancah politik.

Kemudian, Ayah Kim bekerja sebagai buruh binaan, ketika itu menurut Kim kehidupan mereka susah, untuk makan nasi pun dah dianggap sebagai satu kemewahan, mereka sekeluarga terpaksa menggantikan nasi dengan barli sebagai makanan ruji.

Cengkaman Kesusahan Menyemarakkan Bakat Keusahawanan Kim

Apabila umur Kim 15 tahun, Kim mengalami ujian yang berat apabila ayah Kim meninggal dunia kerana kanser hati. Semenjak itu Kim dibesarkan oleh ibu dan nenek beliau.

“Pada fasa awal, saya didorong oleh keperluan untuk mempunyai duit”

Kim berkata menjelaskan apa tujuan awal Kim menceburi keusahawanan.

Sebagai remaja, Kim tak lari dari meminati permainan video (atau sekarang lebih dikenali sebagi E-sports), Kim bekerja separuh masa di sebuah kedai yang menjual pelbagai permainan video yang dimiliki oleh seorang pakcik tua.

Minat yang mendalam terhadap E-sports dan dicampur dengan desakan hidup, Kim membuka kedai bersaiz kecil yang menjual permainan video dan konsol di pangsapuri berdekatan.

Kim berjaya membuka kedai tersebut hasil simpanan sewaktu bekerja $4000 dan meminjam $3000 daripada keluarga beliau.

Kedai tersebut Kim namakan sebagai Game Paradise, nama asal GP Club pada hari ini.

Pengembaraan Kim Bermula

Kim sendiri yang akan membuka kedai tersebut sejurus tamat waktu sekolah sehinggalah pukul 11 malam, ketika itu Kim membuat loyalty program – beli 10 percuma 1 – bagi meningkatkan pembelian berulang dikalangan pelanggan remaja Game Paradise.

Hasil jualan dari kedai ini, apabila sudah cukup, Kim membuka satu lagi cawangan di pangsapuri lain yang berdekatan.

Apabila umur Kim mencecah 20 tahun, Kim telah mengumpul nilai kekayaan sebanyak 300 Juta won (bersamaan dengan kira kira RM 2 Juta pada hari ini).

Memanfaatkan data pelanggan Game Paradise, Kim sedar pelanggan Game Paradise ingin mencari beg selimpang untuk menyimpan permainan konsol Playstation dan Nitendo mereka.

Pada 2003, Kim membuat trip pertama kali ke China , di mana beg selimpang ini boleh dihasilkan. Semenjak itu, Perniagaan permainan video dan aksesori GP meningkat naik kepada 50 Billion Won setahun (RM 160 Juta pada ketika itu!)

Titik Mula Penceburan Kim Ke Dalam Pasaran Kecantikan

Setelah ratusan perjalanan pergi balik Kim ke China, Kim semakin fasih berbahasa cina dan memahami budaya orang orang cina di China.

Dan pada 2013, Kim menyedari satu pasaran baru yang mempunyai potensi yang sangat besar iaitu pasaran kecantikan. Produk kecantikan daripada Korea sangat diminati oleh orang China (malah dunia, akibat daripada letusan budaya Kpop dan Kdrama)

Lantas, Kim membuat keputusan untuk menjadi pengedar bagi sebuah jenama kecantikan korea di pasaran negara China.

Sambutan, sangat luar biasa!

Kim mengenangkan kejayaan membawa masuk produk kecantikan korea di China

Tetapi, peranan Kim sebagai orang tengah mula digugat apabila jenama yang dibawa masuk oleh Kim itu cuba ‘memotong’ beliau dengan menjual terus kepada peruncit di China.

Kecewa dengan itu, Kim pergi berjumpa dengan pengilang kosmetik kecil di Korea. Pada 2016, Kim melancarkan jenama produk kecantikan beliau sendiri yang diberi nama JM Solution (Journey To Miracle).

Kim mengkaji pasaran dan mendapati pengguna di China membeli topeng kecantikan muka bernilai $15 billion setahun! Pasaran yang besar untuk Kim mengembangkan legasi perniagaannya.

JM Solution di bawah kendalian GP, melancarkan produk topening kecantikan muka yang diberi nama JM Solution’s Honey Luminous Royal Propolis Mask kemudian disusuli denhan Active Bird’s Nest Moisture Mask, Active Jellyfish Vital Mask dan Active Pink Snail Brihtening Mask.


Apa yang menarik, GP tak melancarkan kempen pengiklanan pun. Semuanya di’promosi’ melalui Social Media Influencer di China. Melalui Sina Weibo (versi twitter di China) dan tiktok.

Strategi ini, membolehkan GP menjual jumlah terkumpul 800 juta topeng kecantikan muka sehingga 2018.

Kekayaan Baru

Pada harini GP Club yang bermula menjual konsol permainan video dan aksesori, hanya mewakili 6% daripada pendapatan keseluruhan GP club, selebihnya sebanyak 94% adalah hasil daripada produk produk JM Solution.

Kejayaan GP Club melancarkan JM solution membuatkan para analisa menjangkakan syarikat GP mampu dinilai sebanyak 10 Trillion Won di IPO!

Sumber :
Forbes Asia July/August 2019

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: